IMPAK KANDUNGAN MOBILGRAFI TERHADAP GAYA PEMBELAJARAN VISUAL PELAJAR
Keywords:
Mobilgrafi; Gaya Pembelajaran Visual; Pendidikan Digital; Pedagogi Visual; Teknologi Mudah Alih; Kandungan Interaktif; Penglibatan PelajarAbstract
Kajian ini meneliti kesan penggunaan kandungan mobilgrafi terhadap gaya pembelajaran visual dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Mobilgrafi, yang merujuk kepada penghasilan kandungan visual menggunakan peranti mudah alih, semakin berkembang sebagai medium pengajaran yang relevan dalam konteks pendidikan digital. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran dengan melibatkan 30 orang pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Data kuantitatif dikumpulkan melalui soal selidik berasaskan skala Likert, manakala data kualitatif diperoleh melalui temubual separa berstruktur. Dapatan menunjukkan bahawa 87% pelajar mengakui mobilgrafi membantu pemahaman mereka terhadap konsep yang diajar, manakala 78% menyatakan ia meningkatkan motivasi pembelajaran. Analisis korelasi menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara penggunaan mobilgrafi dan kepuasan pembelajaran (r = 0.68, p < 0.01). Kajian ini mencadangkan agar mobilgrafi diintegrasikan secara strategik dalam proses pengajaran, disokong oleh latihan teknikal kepada tenaga pengajar dan pembangunan modul visual interaktif. Kesimpulannya, mobilgrafi berpotensi besar sebagai pendekatan pedagogi yang menyokong keperluan pelajar bergaya pembelajaran visual.