ANALISIS KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENDEKATAN PENILAIAN BERASASKAN PRAKTIKAL DAN PEMBENTANGAN DALAM KURSUS ETHICAL HACKING: KAJIAN KES DI SEBUAH POLITEKNIK MALAYSIA
ANALYSIS OF STUDENT SATISFACTION TOWARDS PRACTICAL AND PRESENTATION-BASED ASSESSMENT APPROACH IN ETHICAL HACKING COURSES: A CASE STUDY AT A MALAYSIAN POLYTECHNIC
Keywords:
penilaian praktikal; kepuasan pelajar; pembelajaran teknikalAbstract
Politeknik Malaysia menekankan pembelajaran berasaskan praktikal dalam kursus teknikal bagi melahirkan graduan yang kompeten dan memenuhi keperluan industri semasa. Kursus Ethical Hacking yang ditawarkan dalam trek Keselamatan Maklumat bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) menuntut penguasaan kemahiran praktikal dan aplikasi sebenar. Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap kepuasan pelajar terhadap pendekatan penilaian berasaskan praktikal dan pembentangan yang digunakan dalam kursus tersebut. Kajian berbentuk kuantitatif deskriptif ini melibatkan 40 orang pelajar dari sebuah Politeknik Malaysia yang telah mengikuti kursus Ethical Hacking. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang merangkumi empat bahagian iaitu demografi, penilaian praktikal, penilaian pembentangan, dan kepuasan keseluruhan. Analisis data dijalankan menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan min, sisihan piawai dan kebolehpercayaan instrumen. Dapatan menunjukkan pelajar berpuas hati terhadap kedua-dua kaedah penilaian, dengan penilaian praktikal mencatat min tertinggi yang menunjukkan keberkesanannya dalam meningkatkan pemahaman konsep penggodaman beretika. Penilaian pembentangan turut mendapat maklum balas positif kerana membantu membangunkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri. Secara keseluruhan, pendekatan penilaian ini didapati berkesan, relevan, dan sejajar dengan kehendak Outcome-Based Education (OBE) serta pendidikan teknikal abad ke-21. Hasil kajian diharap dapat menjadi panduan untuk penambahbaikan strategi penilaian di institusi TVET.