Mengkaji Keberkesanan Taklimat Keselamatan dan Kesihatan dan Latihan Pengugsian Bangunan Terhadap Tahap Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Di Kalangan Penghuni Blok V5 dan V6 Kolej Kediaman Pelajar PSAS

Authors

  • Noomala Abdullah Politeknik Sultan Azlan Shah, Malaysia
  • Azar Shabudin Politeknik Sultan Azlan Shah, Malaysia

Keywords:

latihan keselamatan dan kesihatan; pengungsian bangunan; kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan.

Abstract

Isu keselamatan dan kesihatan sentiasa menjadi tumpuan utama pihak pengurusan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), terutamanya di kawasan Kolej Kediaman Pelajar PSAS yang menempatkan 1424 orang pelajarnya. Untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar berkenaan keselamatan dan kesihatan, taklimat keselamatan dan kesihatan dan latihan pengungsian bangunan dilaksanakan di Kolej Kediaman Pelajar 2 kali setahun. Kajian ini dilakukan bagi mengukur tahap keberkesanan kedua-dua program keselamatan ini dalam meningkatkan kesedaran pelajar berkenaan keselamatan dan kesihatan. Kajian ini melibatkan 238 orang pelajar yang menghuni blok V5 dan V6. Satu soalselidik telah diedarkan kepada semua penghuni blok V5 dan V6 7 hari selepas program keselamatan tersebut dilaksanakan. Hasil kajian mendapati tahap kesedaran pelajar mengenai keselamatan dan kesihatan meningkat selepas program dilaksanakan dan para pelajar mendapati kolej kediaman pelajar PSAS adalah selamat dan kondusif. Hasil kajian juga mendapati penglibatan pelajar dalam pasukan sukarelawan juga dapat meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan berkenaan tindakan awal kecemasan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-26

How to Cite

Noomala Abdullah, & Azar Shabudin. (2024). Mengkaji Keberkesanan Taklimat Keselamatan dan Kesihatan dan Latihan Pengugsian Bangunan Terhadap Tahap Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Di Kalangan Penghuni Blok V5 dan V6 Kolej Kediaman Pelajar PSAS. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 66–78. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/39

Similar Articles

<< < 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.