Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Permainan E-Sukan

Authors

  • Noraina Wahid Politeknik METrO Johor Bahru
  • Norazlina Ahmad Politeknik METrO Johor Bahru
  • Norhafiza Ahmad Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah

Keywords:

e-sukan, permainan atas talian

Abstract

Perkembangan teknologi komputer dan internet telah menjadikan permainan e-sukan begitu berkembang pesat. Penglibatan dari pelbagai peringkat umur terutama pelajar di peringkat pengajian tinggi telah memberikan satu dimensi dalam kajian e-sukan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam e-sukan. Maka kajian ini bertujuan melihat penglibatan e-sukan dikalangan pelajar peringkat diploma dalam bidang perdagangan. Soal selidik diedarkan kepada 169 responden pelajar Politeknik METrO Johor Bahru bagi semester dua hingga semester lima dan dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan min paling tinggi bagi faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam e-sukan adalah faktor keseronokan dan kepuasan. Selain itu beberapa faedah yang diperolehi, namun faedah dengan min yang paling tinggi adalah peningkatan penguasaan bahasa Inggeris selain kelebihan faedah yang lain-lain seperti peningkatan komunikasi, keyakinan diri dan penyelesaian masalah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Noraina Wahid, Norazlina Ahmad, & Norhafiza Ahmad. (2024). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Permainan E-Sukan. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/120

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 

You may also start an advanced similarity search for this article.