Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Terhadap Pandemik Covid-19 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru

Authors

  • Khairul Sham Hanapiah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Hishamuddin Hassan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Sallehudin Ibrahim Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Abdul Halim Abdul Wahab Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Keywords:

Kesahan, Kebolehpercayaan, Instrumen, COVID-19

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru. Tiga subskala yang digunakan ialah pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Seramai 348 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Selatan dipilih sebagai sampel kajian. Formula oleh Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005) digunakan untuk mendapatkan kesahan kandungan item soal selidik. Kebolehpercayaan item soal selidik diperoleh melalui analisis Cronbach alpha. Analisis faktor digunakan untuk mendapatkan kesahan konstruk item soal selidik. Keputusan analisis menunjukkan nilai kesahan kandungan item soal selidik ialah r = .83 dan kebolehpercayaan item soal selidik ialah α = .91 di mana koefisien ketekalan dalaman untuk subskala pengetahuan ialah α = .82, sikap (α = .81) dan amalan (α = .84). Kesahan konstruk menunjukkan sebanyak 28 daripada 35 item diterima sah sebagai item soal selidik. Instrumen penilaian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk mengukur pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Khairul Sham Hanapiah, Hishamuddin Hassan, Sallehudin Ibrahim, & Abdul Halim Abdul Wahab. (2024). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Terhadap Pandemik Covid-19 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/126

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.