PENILAIAN KEATAS PERTIMBANGAN MORAL, KECEKAPAN MORAL DAN SKEMA MORAL DALAM KALANGAN PENTADBIR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM
Keywords:
Pertimbangan moral dan kecekapan moralAbstract
Pentadbir akademik sentiasa perlu adil, teliti dan telus dalam membuat keputusan bagi organisasi. Maka pertimbangan yang waras, matang, berpengetahuan dan tidak bias adalah amat penting dalam mengekalkan keputusan yang adil dalam memelihara hubungan semua pihak. Faktor-faktor ini penting terutama sekali apabila berada dalam bidang pendidikan yang melibatkan kepelbagaian peringkat umur amat memerlukan kesabaran dan penelitian dalam melaksanakan tindakan. Keputusan yang adil akan memperlihatkan prestasi pentadbiran yang cekap hasil daripada pertimbangan moral, skema moral dan kecekapan moral dalam kalangan pentadbir. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti: a) tahap kecekapan moral pentadbir akademik, b) tahap pertimbangan moral dan skema moral pentadbir akademik, c) hubungan skema moral dan kecekapan moral pentadbir akademik.