KAJIAN KESELAMATAN PENGGUNA FAKTOR KEBISINGAN DAN PENCAHAYAAN DI BENGKEL MESIN.

Authors

  • Mohd Yusri Ibrahim Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia
  • Yusnenti Faziran Mohd Yunos

Keywords:

Keselamatan, kesihatan, bunyi, cahaya

Abstract

Faktor-faktor persekitaran seperti bunyi dan cahaya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi prestasi kerja serta mampu memberikan kesan terhadap keselamatan dan kesihatan pengguna. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keselamatan pengguna terhadap faktor bunyi dan cahaya di Bengkel Mesin , Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar,Ipoh. Kaedah pengukuran data menggunakan peralatan Thermal Comfort Multistation (TCM) telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Maklumat awal faktor persekitaran dan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dikumpulkan bagi membantu dalam proses menjalankan kajian dan meramalkan hasil kajian. Melalui hasil kajian yang telah dijalankan, nilai min purata yang diperolehi melalui pengukuran data adalah 247.05lux untuk faktor cahaya dan 62.92dBA untuk faktor bunyi di sepanjang tempoh empat hari nilai pengukuran data diambil. Kajian ini dapat membantu membangunkan satu persekitaran kerja yang selamat dan selesa untuk pengguna dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pengguna mengikut ketetapan piawaian yang telah ditetapkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Mohd Yusri Ibrahim, & Yusnenti Faziran Mohd Yunos. (2020). KAJIAN KESELAMATAN PENGGUNA FAKTOR KEBISINGAN DAN PENCAHAYAAN DI BENGKEL MESIN. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/183

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.