KEBERKESANAN TEKNIK BERSEMUKA TERHADAP MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR MENGULANG KURSUS DALAM SUBJEK MATEMATIK PENGKOMPUTERAN
Keywords:
Matematik Pengkomputeran, teknik pengajaran, minat dan pencapaian.Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh teknik pengajaran bersemuka terhadap minat pelajar kursus Matematik Pengkomputeran. Selain itu, kajian ini bertujuan menentukan tahap pencapaian pelajar kursus Matematik Pengkomputeran selepas penggunaan teknik bersemuka. Seramai 13 orang responden dipilih dari kelas UlangJTMK1 yang terdiri daripada pelajar kursus Diploma Digital Teknologi (DDT) yang mengulang kursus Matematik Pengkomputeran bagi Sesi Disember 2018. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan deskriptif. Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (IBM SPSS) versi 16.0 bagi menentukan min purata minat responden. Perisian Microsoft Excel digunakan untuk menentukan peratus peningkatan pencapaian responden. Kajian ini menunjukkan bahawa minat pelajar berada pada tahap min tafsiran yang tinggi dan ke semua 13 orang responden menunjukkan peningkatan pencapaian dalam kursus Matematik Pengkomputeran bagi Sesi Disember 2018.