PROFIL PERSONALITI PELAJAR FASILITATOR STEM POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH.
Keywords:
personaliti, tahap pengetahuan, STEMAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil personaliti pelajar yang telah terpilih menjadi fasilitator STEM Politeknik Ungku Omar. Aktiviti STEM ialah singkatan bagi Science, Technology, Engineering and Mathematics yang dilaksanakan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer pada tahun 2018. Seramai 33 orang responden telah dipilih di mana responden ini adalah sebahagian daripada para pelajar yang telah menghadiri Seminar STEM pada 28 Ogos 2018. Alat kajian yang digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri personaliti fasilitator ialah menggunakan Inventori Personaliti Sidek (IPS). 160 data item menggunakan aplikasi google form dianalisis menggunakan perisian SPSS statistikal deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar yang telah terpilih menjadi Fasilitator STEM Politeknik Ungku Omar ini mempunyai ciri personaliti Analitikal, Bersandar, Ekstrovert, Ketahanan, Menolong , Struktur dan Pencapaian yang tinggi. Manakala mereka mempunyai personaliti yang sederhana dari sudut Agresif, Autonomi, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Kritik Diri, Mengawal dan Sokongan. Hasil kajian ini dapat membantu pensyarah khususnya sebagai mentor mengenali personaliti mereka seterusnya dapat membantu kejayaan pelaksanaan pendidikan STEM secara menyeluruh di Politeknik Ungku Omar.