PENGGUNAAN TEKNOLOGI INTERNET PELBAGAI BENDA (IPB) DALAM SISTEM PENGESAN ASAP PINTAR

USE OF INTERNET OF THINGS (IOT) TECHNOLOGY IN SMART SMOKE DETECTION SYSTEMS

Authors

  • Ruhaizat Jubri Department of Civil Engineering, Ungku Omar Polytechnic
  • Farizan Zakaria Department of Civil Engineering, Ungku Omar Polytechnic
  • Rosmalati Aman Shah Department of Civil Engineering, Ungku Omar Polytechnic

Keywords:

pengesan asap pintar; internet pelbagai benda; aplikasi mudah alih; keselamatan kebakaran; model penerimaan teknologi; arduino UNO

Abstract

Kesedaran terhadap keselamatan kebakaran di kawasan kediaman masih di tahap yang rendah walaupun insiden kebakaran terus meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu, sistem peranti pengesan asap tanpa wayar berasaskan teknologi Internet Pelbagai Benda yang diintegrasikan bersama aplikasi mudah alih dibangunkan bagi membolehkan pemantauan dan amaran kebakaran secara masa nyata. Sistem ini direka dengan menggunakan papan pengawal mikro Arduino Uno, sensor gas MQ2, dan platform aplikasi Blynk sebagai paparan aplikasi pengguna. Kajian ini melibatkan soal selidik yang dijalankan kepada 50 orang responden sebelum dan selepas penggunaan aplikasi bagi menilai enam aspek penerimaan pengguna, termasuk inovasi, kecekapan penyelenggaraan, dan susun atur sistem. Model Penerimaan Teknologi (TAM) digunakan sebagai asas penilaian penerimaan pengguna terhadap teknologi ini, merangkumi aspek persepsi kegunaan dan kemudahan penggunaan. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan skor purata yang signifikan di dalam semua aspek, dengan skor tertinggi adalah aspek ciri produk iaitu 4.92, diikuti oleh aplikasi sistem, 4.88 dan skor purata aspek inovasi adalah 4.80. Dapatan ini membuktikan bahawa, sistem ini berpotensi sebagai alat pengesan asap pintar berskala rendah yang mudah diakses serta kos yang fleksibel.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-11

How to Cite

Ruhaizat Jubri, Farizan Zakaria, & Rosmalati Aman Shah. (2025). PENGGUNAAN TEKNOLOGI INTERNET PELBAGAI BENDA (IPB) DALAM SISTEM PENGESAN ASAP PINTAR: USE OF INTERNET OF THINGS (IOT) TECHNOLOGY IN SMART SMOKE DETECTION SYSTEMS. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(2), 186–193. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/280

Similar Articles

<< < 5 6 7 8 9 10 11 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.