Penggunaan Serbuk Getah Sebagai Gantian Pasir Dalam Bancuhan Paving Blocks

Authors

  • Aidalia Binti Endut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia
  • Nurul Izza Abdul Ghani Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia

Keywords:

serbuk getah, ujian penurunan,ujian mampatan, paving blocks

Abstract

Peningkatan teknologi dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan telah menghasilkan pelbagai inovasi bagi pembinaan laluan pejalan kaki, jalan raya, tembok penahan dan sebagainya yang memberikan pertambahan kekuatan, kebolehkerjaan dan dalam masa yang sama menambah nilai estetika sesuatu bahan binaan selain menggunakan bahan-bahan terbuang bagi menghasilan produk hijau yang akan mengekalkan ciri-ciri pembinaan lestari. Paving Blocks digunakan secara meluas di dalam dan luar negara bagi kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai kehendak dan tujuan yang berbeza bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menggunakan turapan bitumen biasa atau turapan konkrit. Tayar terpakai merupakan hasil buangan yang dikategorikan sebagai buangan berbahaya. Dianggarkan terdapat 600 000 kenderaan baru didaftarkan di Malaysia pada setiap hari. Peningkatan bilangan kenderaan akan menyebabkan peningkatan dalam penghasilan tayar terpakai. Tayar tepakai menyebabkan pelbagai masalah di Malaysia antaranya, peningkatan kes denggi, risiko kebakaran, pencemaran udara yang tinggi, pencemaran tanah serta merosakkan ekosistem. Bagi mengatasi masalah ini, inovasi dijalankan dengan menggunakan tayar terpakai kepada serbuk getah yang boleh diguna semula di dalam pembuatan paving block. Kajian akan menumpukan kepada kekuatan yang dicapai selepas inovasi dijalankan. Campuran optimum yang dihasilkan dari kajian ini menunjukkan sebanyak 5% serbuk getah boleh digunakan sebagai pengganti pasir dalam pembuatan paving blocks dan memberikan kekuatan mampatan sebanyak 42.41Mpa berbanding kekuatan mampatan bagi paving block biasa tanpa campuran. Manakala bagi ujikaji penuruan ketiga-ketiga campuran menunjukkan jatuhan true slump.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Aidalia Binti Endut, & Nurul Izza Abdul Ghani. (2024). Penggunaan Serbuk Getah Sebagai Gantian Pasir Dalam Bancuhan Paving Blocks. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(3). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/94