Aplikasi E-Pemasaran: Sejauh Mana Memberi Manfaat Kepada Mahasiswa

Authors

  • Sharifah Polai Politeknik Melaka, Malaysia
  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Rohanah binti Dorani Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Keywords:

E-pemasaran, strategi pemasaran, tahap penggunaan, mahasiswa

Abstract

Peningkatan capaian kepada internet oleh individu semakin meningkat telah memberi fenomena membangun terhadap aplikasi e-pemasaran di Malaysia. Penggunaan internet di kalangan masyarakat Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas meningkat dengan ketara kepada 89.6 peratus pada 2020 berbanding 84.2 peratus pada 2019. Berikutan dengan kewujudan platform e-pemasaran, ramai peniaga dan individu telah mengambil kesempatan untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Disebabkan mudahnya untuk berniaga seperti tiada premis perniagaan fizikal diperlukan, adakah mahasiswa kita mengambil kesempatan juga untuk menceburkan diri dalam perniagaan? Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi meninjau sejauh mana aplikasi e-pemasaran telah dimanfaatkan oleh golongan pelajar Diploma Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka. Sampel kajian ini terdiri daripada 129 orang pelajar telah dipilih. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penggunaan aplikasi pemasaran oleh mahasiswa adalah pada tahap sederhana dan kajian ini juga meninjau tujuan penggunaan aplikasi e-pemasaran oleh mahasiswa. Oleh yang demikian, usaha membudayakan penggunaan aplikasi e-pemasaran perlu dipertingkatkan dalam kalangan mahasiswa agar mereka dapat memanfaatkan aplikasi e-pemasaran bagi tujuan pembangunan kerjaya dan ekonomi negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Sharifah Polai, Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, & Rohanah binti Dorani. (2024). Aplikasi E-Pemasaran: Sejauh Mana Memberi Manfaat Kepada Mahasiswa. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(3). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/96

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.