PENGGUNAAN KAWASAN LAPANG KEJIRANAN DI KALANGAN BELIA MELAYU DI SUNGAI PETANI, KEDAH

Authors

  • Siti Noor Zilawati Mingat @ Minhad Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia

Keywords:

penggunaan, kawasan lapang kejiranan, belia

Abstract

Kawasan lapang menyediakan perkhidmatan dalam bentuk ekonomi, alam sekitar, sosial dan kesihatan. Taraf hidup yang semakin meningkat dan perubahan pekerjaan serta corak gaya hidup diiringi oleh permintaan sumber semulajadi yang semakin meningkat, mengakibatkan penggunaan kawasan lapang kejiranan turut mengalami perubahan. Penyediaan kawasan lapang yang baik perlu memenuhi permintaan dan keperluan pelbagai kumpulan penduduk seperti kumpulan umur yang berbeza, ibu bapa muda, orang-orang cacat, perbezaan budaya, dan lain-lain. Kini penggunaan kawasan lapang di kawasan perumahan boleh di anggap sebagai kawasan melakukan aktiviti aktif dan pasif secara konvensional. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan kawasan lapang kejiranan di kalangan belia Melayu. Rekabentuk kajian adalah kualitatif dengan melibatkan responden seramai 10 orang. Kajian ini telah menggunakan temubual secara mendalam dengan menggunakan borang soal selidik berstuktur. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kawasan lapang kejiranan semakin kurang dikunjungi. Selain itu, antara cabaran penggunaan kawasan lapang kejiranan yang ditemui adalah wujudnya kecenderungan yang berbeza antara golongan belia bujang dengan golongan belia sudah berkahwin dalam penggunaan kawasan lapang kejiranan. Selain itu, revolusi teknologi kini, secara tidak langsung telah mengubah corak penggunaan kawasan lapang kejiranan di kalangan belia Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-01

How to Cite

Siti Noor Zilawati Mingat @ Minhad. (2019). PENGGUNAAN KAWASAN LAPANG KEJIRANAN DI KALANGAN BELIA MELAYU DI SUNGAI PETANI, KEDAH. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 5(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/201

Similar Articles

1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.