KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR MENJADI USAHAWAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN
STUDENTS' INTEREST IN BECOMING ENTREPRENEURS IN THE TOURISM INDUSTRY
Keywords:
minat pelajar; usahawan; industri pelanconganAbstract
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan minat pelajar menjadi usahawan dalam industri pelancongan. Isu yang dikaji adalah kecenderungan minat pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan pelancongan. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini melibatkan sampel seramai 168 pelajar Politeknik Hulu Terengganu. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 5 skala Likert dengan item-item yang dibina sendiri, dan kebolehpercayaan item diukur menggunakan nilai Cronbach's alpha (0.712). Analisis Statistical Package for Social Sciences (SPSS) yang dijalankan termasuk analisis deskriptif, regresi linear, dan ujian-t. Analisis deskriptif digunakan untuk menilai tahap minat pelajar berdasarkan nilai min, dengan kategori tahap seperti yang dicadangkan oleh Ngadiman et al. (2019), manakala regresi linear dan ujian-t digunakan untuk menguji hubungan dan perbezaan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap minat pelajar secara keseluruhan berada pada tahap sederhana.
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the variables that affect the tendency of students to start their own businesses in the tourist industry. The issue under study is the temptation of students to pursue careers in tourism entrepreneurship. A sample of 168 students from Hulu Terengganu Polytechnic participated in this study, which used a quantitative methodology. A questionnaire with five Likert scales and self-constructed items serves as the research tool. Cronbach's alpha value is used to measure item reliability. The study carried out using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) comprises the t-test, linear regression, and descriptive analysis. The degree of student interest was evaluated using descriptive analysis based on mean values, using level categories as recommended by Ngadiman et al. (2019). Differences and relationships between variables were tested using t-test and linear regression. According to the study's findings, overall student interest is at a moderate level.