KAJIAN REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PRODUK C-LINE DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK UNGKU OMAR

Authors

  • Haniza Mohamad Nadzri Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia

Keywords:

C-Line, Kolej Kediaman, Kualiti Hidup Pelajar, Prestasi Akademik

Abstract

Kolej kediaman merupakan komponen penting dalam kehidupan pelajar yang mempengaruhi kualiti hidup dan prestasi akademik pelajar. Di Politeknik Ungku Omar, pelajar yang tinggal di kolej kediaman mempunyai masalah menyidai pakaian, keadaan cuaca yang tidak menentu dan masalah kehilangan pakaian di asrama. Objektif penghasilan produk C-Line ini adalah untuk menyelesaikan masalah ruang ampaian yang terhad di asrama atau di rumah sewa, kemudahan kepada pelajar apabila berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu dan mengurangkan masalah kehilangan pakaian. Kekuatan C-Line ialah ianya mudah alih, mesra pengguna, menjimatkan ruang, mudah di simpan, tahan karat, boleh di laraskan, boleh di jadikan sebagai alat senaman, boleh di bawa semasa mengembara, dapat mengurangkan risiko kehilangan pakaian dan tidak merosakkan permukaan dinding. Kesimpulannya, produk ini sesuai di gunakan untuk setiap pengguna terutamanya pelajar yang tinggal di asrama, rumah sewa serta yang sering berkhemah atau melancong.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-01

How to Cite

Haniza Mohamad Nadzri. (2020). KAJIAN REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PRODUK C-LINE DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK UNGKU OMAR. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/181

Similar Articles

<< < 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.