KAJIAN PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA AKUAKULTUR DI POLITEKNIK JELI KELANTAN

A STUDY OF ACHIEVEMENT OF LEARNING OUTCOMES IN THE AQUACULTURE DIPLOMA PROGRAM AT POLITEKNIK JELI KELANTAN

Authors

  • AHMAD KAMIL KAMARUDIN Ts
  • ULAIMI BIN YAHYA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
  • ABD AZIZ BIN TALIB KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Keywords:

Hasil Pembelajaran Program; Kajian Kuantitatif; Diploma Akuakultur; Objektif Pendidikan Program; Politeknik Jeli Kelantan

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap pencapaian hasil pembelajaran program PEO bagi lulusan Program Diploma Akuakultur, Politeknik Jeli Kelantan setelah melebihi tiga tahun bergelar graduan melibatkan pelajar kemasukan Sesi Jun 2014 hingga Sesi Disember 2015. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif untuk mengenal pasti tahap dan hubungan setiap hasil pembelajaran program. Responden kajian seramai 164 orang terpilih secara rawak untuk menjawab soal selidik dalam talian menggunakan Skala Likert 5- mata. Keputusan menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan di antara hasil pembelajaran program dengan pengetahuan dan kemahiran, tahap kepimpinan, elemen komunikasi dan kemahiran sosial, pemikiran kreatif dan kaedah penyelesaian masalah serta pengetahuan keusahawanan dan pengetahuan sepanjang hayat dengan nilai r = .85 hingga .94. Hubungan yang wujud adalah bersifat positif dan menunjukkan bahawa faktor-faktor domain pembelajaran ini mempengaruhi  hasil  pembelajaran  program  bagi  graduan  Diploma Akuakultur. Secara keseluruhan, hasil pembelajaran program bagi program ini telah capai sasaran ditetapkan di peringkat institusi bagi kohort graduan yang terlibat. Semua faktor domain pembelajaran yang dikaji mempunyai hubungan yang signifikan dengan hasil pembelajaran program yang membuktikan tahap integriti domain pembelajaran yang dirangka. Penguasaan disiplin ilmu sains akuakultur dan ilmu teknologi yang diterapkan seawal pengajian mampu melahirkan graduan yang kompeten dan holistik bagi memperkasakan bidang akuakultur negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-05-26

How to Cite

KAMARUDIN, A. K., BIN YAHYA, U., & BIN TALIB, A. A. (2025). KAJIAN PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA AKUAKULTUR DI POLITEKNIK JELI KELANTAN: A STUDY OF ACHIEVEMENT OF LEARNING OUTCOMES IN THE AQUACULTURE DIPLOMA PROGRAM AT POLITEKNIK JELI KELANTAN. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(1), 128–135. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/241

Similar Articles

<< < 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.